Jimat sehingga 95%
Tenaga Elektrik & Pelepasan CO2
Sistem Driver Motor Pagar Automatik kebiasaannya menggunakan 10 hingga 20W elektrik semasa dalam keadaan sedia. Sistem kuasa HYBRID akan mematikan bekalan utama semasa sedia. Sistem elektronik akan mendapat kuasa daripada bateri sedia dengan penggunaan hanya 0.2 Watt.
Bekalan utama hanya akan dihidupkan semasa mengoperasikan motor atau mengecas bateri. Ini membawa kepada pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 95%.